<th id="bfxj1"><video id="bfxj1"></video></th>
<th id="bfxj1"></th>
<span id="bfxj1"></span>
<th id="bfxj1"></th>
<span id="bfxj1"></span>
<strike id="bfxj1"></strike>
<th id="bfxj1"><video id="bfxj1"></video></th>
<span id="bfxj1"></span>
<span id="bfxj1"></span>
Lokasi Anda: Kebudayaan > Cerita Purba

Cerita Purba

Legenda Huang Di Melawan Chi You

Legenda Huang Di Melawan Chi You

2015-01-16 11:01August 18 2019 23:32:26

Kononnya, pada beberapa ribu tahun yang lalu, terdapat beberapa suku kaum tinggal di kawasan aliran Sungai Kuning dan Sungai Yangtze, China. Huang Di ialah ketua kepada satu suku kaum yang terbesar di kawasan Sungai Kuning. Manakala Yan Di pula ialah ketua kepada satu lagi suku kaum yang terkenal di kawasan ini. Kedua-dua mereka ialah sanak saudara. Di kawasan aliran Sungai Yangtze pula, terdapat satu suku kaum yang digelar Jiuli, yang diketuai oleh seorang ketua yang sangat garang. Namanya Chi You.

Legenda Gun dan Yu Tangani Banjir

Legenda Gun dan Yu Tangani Banjir

2015-01-16 10:58August 18 2019 23:32:26

Kononnya, pada zaman purba kala, China telah mengalami zaman banjir yang panjang, iaitu selama 22 tahun. Tanam-tanaman semua lenyap ditenggelamkan dan rumah pun habis musnah. Rakyat jelata yang sudah kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan itu pula sering diserang oleh binatang liar yang kelaparan. Oleh itu, jumlah penduduk semakin berkurangan. Raja Yao agak bimbang melihat keadaan ini. Jadi, baginda memutuskan untuk menghantar Gun pergi menangani banjir tersebut.

Legenda Hou Ji yang Bertani dan Berladang

Legenda Hou Ji yang Bertani dan Berladang

2015-01-16 10:54August 18 2019 23:32:26

Menurut ceritanya, pada suatu zaman dahulu, manusia mencari rezeki dengan berburu, memancing ikan dan mengutip buah-buahan hutan. Namun, disebabkan bekalan bahan makanan mereka tidak mencukupi, mereka sering mengalami kebuluran. Pada masa itu, di Youtai, sebuah tempat di negeri China, terdapat seorang gadis muda bernama Jiang Yuan yang tinggal sendiri tanpa keluarga.

Kodok Bermain dengan Naga

Kodok Bermain dengan Naga

2015-01-16 10:52August 18 2019 23:32:26

Pada zaman Dinasti Han Timur, di sekitar bandar Luoyang, ibu nergara China pada ketika itu, sering berlaku gempa bumi. Menurut catatan sejarah, dalam tempoh lebih 50 tahun, iaitu bermula tahun 89 hingga tahun 140 Masihi, 33 kali gempa bumi telah berlaku di kawasan tersebut, mengakibatkan banyak bangunan musnah, dan banyak orang dan binatang ternakan terbunuh.

Bunuh Tiga Kesateria dengan Dua Biji Buah Pic

Bunuh Tiga Kesateria dengan Dua Biji Buah Pic

2015-01-16 10:49August 18 2019 23:32:26

Kononnya, pada abad ke-7 sebelum Masihi, terdapat tiga orang kesateria di negeri Qi, China. Mereka ialah Tian Kaiqiang, Gu Yezi dan Gongsun Jie. Ketiga-tiga orang kesateria yang gagah berani itu amat disukai oleh raja negeri Qi. Oleh sebab terlalu disayangi raja, lama-kelamaan, mereka menjadi semakin sombong dan bermaharajarela. Pada ketika itu juga, terdapat seorang pengkhianat bernama Chen Wuyu, yang berniat untuk menghasut ketiga-tiga orang kesateria tersebut supaya bersama-sama menggulingkan raja Qi.

Legenda Ximen Bao

Legenda Ximen Bao

2015-01-16 10:32August 18 2019 23:32:26

Ximen Bao hidup dalam zaman Dinasti Wei, iaitu pada abad ke-5 sebelum Masihi. Dengan bakatnya yang serba boleh, dia dihantar ke Kaunti Ye untuk menjadi ketua kaunti itu. Sebaik sahaja menjawat jawatan itu, dia pun memanggil beberapa orang tua yang mempunyai reputasi yang baik, dan bertanya kepada mereka, apa yang paling menyusahkan hidup rakyat di situ. Dia diberitahu bahawa hal yang paling menyusahkan ialah Dewa Sungai, yang meminta mereka menyerahkan seorang gadis setiap tahun untuk dijadikan isterinya. Perkara itu menjadikan hidup mereka semakin susah.

Tian Ji Sertai Lumba Kuda

Tian Ji Sertai Lumba Kuda

2015-01-16 10:29August 18 2019 23:32:26

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-4 sebelum Masihi, di negeri Wei, terdapat seorang pemimpin kerajaan bernama Sun Bing. Sun Bing dipenjarakan begitu lama atas fitnah yang sengaja dibuat oleh rakan sejawatnya, Pang Juan yang ingin menghancurkan kerjaya politiknya. Setelah diselamatkan oleh utusan dari negeri Qi, dia terus mengikut utusan itu ke negeri tersebut.

Chu Long Memujuk Ibu Suri Zhao

Chu Long Memujuk Ibu Suri Zhao

2015-01-16 10:26August 18 2019 23:32:26

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, negeri Zhao ditadbirkan oleh Ibu Suri Zhao. Ketika itu, negeri Qin ingin menyerang negeri Zhao. Jadi, negeri Zhao terus meminta bantuanku dari negeri Qi yang menjalin hubungan baik dengannya. Bagaimanapun, demi kepentingan sendiri, raja Qi meminta Ibu Suri Zhao supaya menghantar anak bongsunya, iaitu putera Chang'an Jun, ke negerinya sebagai jaminan.

Meminjam Anak Panah dengan Perahu Berjerami

Meminjam Anak Panah dengan Perahu Berjerami

2015-01-15 16:42August 18 2019 23:32:26

Menurut ceritanya, pada abad ketiga Masihi, negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu merupakan tiga kekuatan yang terbesar di China. Ketiga-tiga negeri tersebut saling bersaing untuk mengalahkan antara satu sama lain. Pada suatu ketika, negeri Wei merancang untuk menghapuskan negeri Wu, yang terletak berdekatan dengan Sungai Yangtze, melalui laluan sungai. Tidak berapa lama kemudian, tentera Wei sudah pun tiba di wilayah yang tidak jauh daripada negeri Wu. Kemudian mereka berkumpul di kawasan tebing sungai, untuk menunggu peluang untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap negeri tersebut.

Cerita tentang Mozi dan Yunti

Cerita tentang Mozi dan Yunti

2015-01-15 16:40August 18 2019 23:32:26

Mozi hidup pada abad ke-5 sebelum Masihi. Pada zaman itu, China terdiri daripada beberapa buah negeri. Antaranya, negeri Chu ialah negeri yang besar, manakala, negeri Song pula ialah negeri yang agak kecil.

< 1 ...3 4 5 6 7 ...12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin
湖北新十一选五前直三最大遗漏值 国标麻将选手 天津时时开奖结果上银狐网 计算公式软件 浙江快乐彩开奖号码 甘肃福彩快三预测号 四川快乐12基本走势图500期 浙江快乐时时开奖号码走势图 新疆时时漏洞 官方特马 大乐透尾数走势图