<th id="bfxj1"><video id="bfxj1"></video></th>
<th id="bfxj1"></th>
<span id="bfxj1"></span>
<th id="bfxj1"></th>
<span id="bfxj1"></span>
<strike id="bfxj1"></strike>
<th id="bfxj1"><video id="bfxj1"></video></th>
<span id="bfxj1"></span>
<span id="bfxj1"></span>
Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Cerita Purba > Kandungan

36 Taktik Peperangan: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia

2015-03-09 13:09:40

Taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" juga dikenali sebagai "Berpura-pura Membuat Persiapan untuk Mara ke Depan Melalui Satu Laluan, Sementara Menggunakan Laluan yang Lain secara Rahsia". Dalam bidang ketenteraan, taktik tersebut bermaksud: Berpura-pura membuat sesuatu secara terbuka untuk menyembunyikan laluan yang akan digunakan semasa melancarkan serangan supaya pihak musuh terpedaya, kemudian menyerang musuh dari arah tepi atau belakang. Walaupun taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" mempunyai persamaan dengan taktik "Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat" yang telah diperkenalkan sebelum ini, akan tetapi perkara yang disembunyikan dalam kedua-dua taktik tersebut adalah berbeza dan tersendiri iaitu laluan yang akan digunakan untuk melancarkan serangan dan tempat untuk memulakan serangan.

36 Taktik Peperangan: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia

Taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" dihasilkan dalam satu pertempuran terkenal pada zaman purba China. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, oleh sebab sebahagian pegawai kerajaan mengamalkan rasuah, ini telah mengakibatkan pemberontakan rakyat jelata untuk menentang pemerintah Dinasti Qin pada masa itu. Antara golongan pemberontak tersebut, terdapat dua puak militan yang paling kuat, satu diketuai oleh Liu Bang dan satu yang lain diketuai oleh Xiang Yu. Kedua-dua militan itu juga bermusuh antara satu sama lain untuk merebut kuasa pemerintahan negeri. Pasukan Liu Bang merupakan yang dahulu sampai ke kawasan Guan Zhong iaitu kawasan sekeliling ibu kota negeri Qin, akan tetapi mereka telah dikalahkan oleh pasukan Xiang Yu dan terpaksa berundur balik ke pangkalan lama mereka. Untuk memperdayakan Xiang Yu, pasukan Liu Bang telah memusnahkan semua jalan yang menyambungkan pangkalannya dengan kawasan Guan Zhong dan berikrar tidak akan berpatah balik.

Pada hakikatnya, Liu Bang sama sekali tidak lupa akan keinginan untuk menewaskan Xiang Yu bagi menguasai kuasa pemerintahan negeri Qin. Anggota pasukannya sentiasa sibuk dalam menjalankan latihan dan menyimpan bahan makanan bagi membuat persiapan untuk berperang dengan pasukan Xiang Yu pada sesuatu hari nanti.

36 Taktik Peperangan: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia

Pada tahun 206 Sebelum Masihi, Liu Bang telah menghantar pasukan yang diketuai oleh Panglima Han Xin untuk bertempur dengan pasukan Xiang Yu. Walau bagaimanapun, Han Xin berpendapat bahawa jika serangan dilancarkan secara berdepan, mereka tidak pasti akan menang dengan menimbangkan kekuatan pasukannya. Jadi, beliau telah mengambil tipu helah untuk memperdayakan Xiang Yu. Tipu helah itu adalah seperti yang berikut: Han Xin mengerahkan sebahagian daripada bala tenteranya untuk membaiki jalan yang dimusnahkan dulu supaya meyakinkan Xiang Yu yang mereka akan melalui jalan itu semula. Sementara itu, kekuatan utamanya pula telah bergerak dengan menggunakan laluan yang lain dan merancang untuk melancarkan serangan dari sana. Xiang Yu yang menerima khabar tentang perkara tersebut telah memberi perhatian sepenuhnya terhadap pergerakan pasukan Han Xin dan menghantar kekuatan utamanya ke kawasan sepanjang laluan tersebut untuk mempertahankan dan membendung serangan pasukan Han Xin.

36 Taktik Peperangan: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia

Melihat tipu helahnya telah berjaya memperdayakan Xiang Yu yang mengerahkan pasukan ke kawasan sepanjang jalan lama, Han Xin telah mengarahkan pasukannya yang berada di laluan yang lain melancarkan serangan mendadak dan sekali gus mengalahkan pihak musuh dan memasuki kawasan Guan Zhong. Ini telah menyediakan asas kepada usaha Liu Bang yang kemudian menyatukan China dan menubuhkan Dinasti Han.

Sama ada taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" boleh berjaya atau tidak, kunci utamanya ialah penggunaan tipu muslihat untuk memperdayakan pihak musuh dan meyakinkan mereka bahawa kegiatan yang kita buat secara berpura-pura itu adalah yang sebenar supaya mereka tidak lagi berwaspada terhadap pergerakan kita. Sementara itu, kita harus mengumpulkan kekuatan utama dan mencari peluang untuk sekali gus mengalahkan pihak musuh dengan menyerang dari arah yang lain.

Selain bidang ketenteraan, dalam persaingan perniagaan moden, taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" juga banyak digunakan. Saya bagi contoh, kadangkala hadiah atau perkhidmatan percuma yang disediakan sebenarnya adalah untuk mendapatkan pembelian yang lebih banyak.

----Puspa

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin
湖北新十一选五前直三最大遗漏值 包桌百家乐 欢乐骰子乐投注 钻石女王软件 太阳神之忒伊亚彩金 北京赛车机器人论坛 德鲁伊丛林巨兽套牌 丛林巨兽官网 勇士vs森林狼 财富之轮闯关 腾讯分分彩开奖号码