<th id="bfxj1"><video id="bfxj1"></video></th>
<th id="bfxj1"></th>
<span id="bfxj1"></span>
<th id="bfxj1"></th>
<span id="bfxj1"></span>
<strike id="bfxj1"></strike>
<th id="bfxj1"><video id="bfxj1"></video></th>
<span id="bfxj1"></span>
<span id="bfxj1"></span>
Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Cerita Purba > Kandungan

Legenda Ximen Bao

2015-01-16 10:32:05

Legenda Ximen Bao

Ximen Bao hidup dalam zaman Dinasti Wei, iaitu pada abad ke-5 sebelum Masihi. Dengan bakatnya yang serba boleh, dia dihantar ke Kaunti Ye untuk menjadi ketua kaunti itu. Sebaik sahaja menjawat jawatan itu, dia pun memanggil beberapa orang tua yang mempunyai reputasi yang baik, dan bertanya kepada mereka, apa yang paling menyusahkan hidup rakyat di situ. Dia diberitahu bahawa hal yang paling menyusahkan ialah Dewa Sungai, yang meminta mereka menyerahkan seorang gadis setiap tahun untuk dijadikan isterinya. Perkara itu menjadikan hidup mereka semakin susah.

Kaunti Ye terletak berdekatan dengan Sungai Kuning. Terdapat sebuah mitos di kawasan itu yang mengatakan bahawa sungai itu didiami oleh seorang dewa, dan menghendaki mereka menyerahkan seorang gadis kepadanya setiap tahun untuk dijadikan isterinya. Jika tidak, sungai itu dikatakan akan banjir dengan dahsyat sehingga menjadikan rakyat di seluruh kaunti itu mati lemas. Oleh itu, sejak sekian lama, kerajaan dan ahli sihir di sana sama-sama sibuk menyelenggarakan urusan tersebut, kerana mereka dapat menggunakan alasan mengelakkan banjir ini untuk mengutip cukai yang lebih daripada rakyat.

Ximen Bao diberitahu bahawa setiap tahun pada masa yang tertentu, seorang ahli sihir perempuan yang tua akan keluar untuk mencari seorang gadis yang cantik dari keluarga yang miskin, dan mengumumkannya sebagai bakal isteri kepada Dewa Sungai. Kemudian, kerajaan akan mengerahkan askar untuk merampas gadis itu, dan menahannya beberapa hari.

Menjelang "majlis perkawinannya" dengan Dewa Sungai, gadis itu akan disolek dengan secantik-cantiknya, dan disuruh supaya duduk di atas sehelai tikar. Kemudian, para ahli sihir akan "menerjunkan"nya ke dalam sungai itu. Tatkala gadis itu tenggelam ke dasar sungai, upacara yang meriah akan diadakan, sebagai tanda kepuasan Dewa Sungai terhadap "isteri barunya". Setelah mendengar cerita yang tidak masuk akal itu, Ximen Bao hanya diam sahaja. Melihat keadaan itu, orang tua-tua yang berhimpun itu merasakan mereka tidak dapat berharap pada Ketua Kaunti baru ini.

Tidak lama selepas itu, "hari perkahwinan" Dewa Sungai itu tiba lagi. Apabila diberitahu berita itu, Ximen Bao pun membawa beberapa orang askar ke tebing Sungai Kuning. Tidak lama kemudian, orang kaya-kaya, pegawai kerajaan, ahli sihir, dan gadis yang terpilih pun datang. Ximen Bao terus membuat arahan dengan berkata, "Bawalah bakal isteri Dewa Sungai itu ke depan saya. Saya nak lihat dia, cantik atau tidak." Mendengar arahan itu, gadis itu pun dibawa ke depannya. Selepas melihat wajahnya, Ximen Bao menoleh, sambil berkata, "Gadis ini tidak cukup cantik. Dia tidak layak untuk menjadi isteri Dewa Sungai. Silakan mak cik berjumpa Dewa Sungai ini, dan beritahu kepadanya bahawa saya akan cuba mencari seorang gadis yang lebih cantik, dan menyerahkan kepadanya esok." Lalu, dia terus mengarahkan askarnya menerjunkan ahli sihir itu ke dalam sungai. Sebentar kemudian, dia pula berkata, "Kita telah menunggu begitu lama. Mengapa ahli sihir ini masih belum naik. Suruhlah pengikutnya pergi menggesanya cepat-cepat pulang." Maka, dia pun mengarahkan askarnya supaya menerjunkan beberapa orang pengikut ahli sihir itu ke dalam sungai tersebut. Kemudian, dia berdiri di tebing sungai itu, dengan wajahnya yang sangat serius, seolah-olah benar-benar sedang menunggu jawapan Dewa Sungai itu. Semua orang yang datang sangat terkejut dengan tindakannya itu.

Beberapa lama kemudian, Ximen Bao pun berkata, "Nampaknya Dewa Sungai itu peramah, dan suka meraikan tetamu. Marilah kita utus seorang lagi pengikut pergi menggesanya." Sebaik habis ucapannya itu, dia terus memandang ke arah orang kaya-kaya dan pegawai kerajaan yang ada di situ. Mereka semuanya melutut untuk meminta ampun kepada Ximen Bao.

Ketika itu, Ximen Bao pun berkata kepada semua orang dengan suara yang lantang, "Memperisterikan Dewa Sungai itu helah sahaja. Jika ada lagi orang yang hendak menyelenggarakan urusan ini, saya pasti mencampakkannya ke dalam sungai." Sejak itu, episod perkahwinan dengan Dewa Sungai tidak pernah berlaku lagi di Kaunti Ye. Dengan pentadbiran Ximen Bao yang bijak, hidup penduduk di sana menjadi bertambah makmur dan bahagia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin
湖北新十一选五前直三最大遗漏值 门兴vs沃尔夫斯堡 经典老虎机注册 云南快乐十分走势图基本走势图云 明晚开什么生肖中特 单机捕鱼达人 组装高效比特币挖矿机 排列五走势图综合版 圣诞大镖客电子游艺 帕尔马到阿姆斯特丹航班 cf手游头像